fbpx

‘Tolong bertahan, saya akan bawa awak pulang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak dan pelakon Along Cham iaitu Afreenq Suhaimi meminta suaminya kekal bertahan selepas didakwa dengan pertuduhan memiliki dadah jenis Kanabis pada 14 Disember lalu.

Tidak pernah berhenti mendoakan untuk insan tercinta, Afreena berjanji akan berusaha membebaskan Along selain tidak mampu membayangkan hidup suaminya yang kini dalam keadaan kurang selesa.

“Saya tahu dan dapat rasa awak tak tidur dengan baik serta tidak selesa di sana.

“Takut, sedih dan perasaan yang bercampur-baur. Tolong bertahan, saya pasti akan bawa awak pulang ke rumah. Saya janji, kita boleh lakukannya sayang!” katanya dalam Instagram Story hari ini.

Dalam masa sama, dia juga menganggap semua yang berlaku ketika ini merupakan ujian daripada Tuhan buat keluarganya.

“Saya terlalu penat sayang, ujian yang sangat besar daripada Allah SWT.

“Saya janji kepada awak, kita akan kembali bersama tidak lama lagi,” ujarnya.

Terdahulu, Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad, 41, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen dan Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memiliki dadah jenis Kanabis lebih 60gram minggu lalu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh dalam milikannya disyaki dadah jenis Kanabis anggaran berat 58.23 gram di sebuah rumah di Laman Lakeview, Cyberjaya di sini pukul 3.10 petang pada 14 Disember lalu.

Along membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman dan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan.

Hukuman bagi kesalahan itu memperuntukkan penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan boleh dikenakan tidak kurang 10 sebatan jika sabit kesalahan.

Hakim Ahmad Fuad tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan prosiding serahan laporan kimia pada 27 Januari tahun depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI