fbpx

Tentera AS tersilap tembak jet sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail sebuah jet F/A-18 Super Hornet berlepas dari kapal USS Harry S. Truman pada bulan ini. - Tentera Laut AS/Task&Purpose

WASHINGTON – Dua juruterbang Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) ditembak jatuh di Laut Merah awal hari ini dalam insiden yang didakwa berlaku disebabkan ‘tembakan kecil’, kata  Markas Pemerintahan Pusat Amerika Syarikat (Centcom).

“Kedua-dua juruterbang tersebut ditemui dalam keadaan selamat tetapi penilaian awal menunjukkan, salah seorang daripadanya mengalami kecederaan ringan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

“Insiden ini berlaku bukan disebabkan tembakan musuh (Houthi di Yemen), namun siasatan penuh sedang dijalankan,” tambahnya.

Centcom berkata, kapal penjelajah peluru berpandu USS Gettysburg tersilap menembak dan mengenai pesawat pejuang F/A-18.

Ujarnya, jet pejuang itu diterbangkan oleh juruterbang Tentera Laut dari kapal lain, USS Harry S. Truman.

Kesilapan yang berpotensi membawa bencana itu mengetengahkan risiko misi AS yang terlibat dalam konflik selama lebih setahun apabila pemberontak Houthi di Yemen berulang kali menyasarkan kapal dagang yang dikaitkan dengan Israel di Laut Merah dan Teluk Aden.

Insiden itu berlaku selepas AS berkata semalam bahawa ia menyerang sasaran di bandar ibu negara Yemen yang dikuasai Houthi, Sana’a, beberapa jam selepas peluru berpandu kumpulan pemberontak itu mencederakan orang ramai di Tel Aviv.

“Tentera Amerika turut menembak jatuh beberapa dron Houthi dan peluru berpandu kruz antikapal di atas Laut Merah,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI