fbpx

Shereen idam aksi di Kejohanan Olahraga Dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHEREEN perlu melakukan catatan di bawah 50.75s untuk melayakkan diri ke Kejohanan Olahraga Dunia 2025.

BINTANG 400 meter wanita negara, Shereen Samson Vallabouy kini merencana persiapan terbaik untuk menghadapi musim 2025 terutama usaha melayakkan diri ke Kejohanan Olahraga Dunia di Tokyo, Jepun yang berlangsung pada September tahun depan.

Atlet berusia 26 tahun ini yang baru sahaja kembali menjalani latihan di Stadium Mini Majlis Sukan Negara (MSN) sejak bulan lalu, kini sedang giat memperbaiki prestasi bagi mencapai impian tersebut.

“Latihan di sini berjalan lancar dan saya sedang fokus untuk melayakkan diri ke Kejohanan Dunia, Kejohanan Olahraga Asia dan Sukan SEA Thailand 2025.

“Jika peluang mengizinkan, saya juga berharap dapat bertanding dalam acara olahraga dalam dewan dan mencabar diri untuk melayakkan diri ke Kejohanan Olahraga Dalam Dewan Dunia di Nanjing, China,” kata Shereen yang kini menunggu bajet dari MSN untuk mengatur perjalanan latihannya.

Setelah beberapa bulan berlatih di Amerika Syarikat, Shereen pulang ke Malaysia pada bulan November untuk menyelesaikan urusan visa yang dijangka selesai bulan depan sebelum menjalani latihan semula dengan jurulatihnya, Derrick White.

Sementara itu, Pengarah Teknikal Kejurulatihan Kesatuan Olaharaga Malaysia (KOM), Robert Ballard berkata, untuk layak ke Kejohanan Olahraga Dunia 2025, Shereen perlu mencatat masa di bawah 50.75 saat.

“Ketika ini, Shereen sedang menjalani latihan bersama saya di Bukit Jalil. Beliau akan kembali ke Florida sekitar pertengahan Januari untuk meneruskan latihan di bawah bimbingan Derrick White.

“Sekiranya Shereen gagal mencapai had kelayakan masa, beliau masih mempunyai peluang untuk layak ke Tokyo dengan menduduki ranking 48 terbaik dunia menjelang Ogos depan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI