SELEPAS kes tangkap khalwat dengan Aliff Aziz pada Mac lalu, nama Ruhainies memang tak pernah sunyi dan pasti ada sahaja gosip yang terpalit padanya.
Gosip itu termasuk dakwaan hubungan cinta dengan Aliff tetapi dinafikan mereka berdua sebelum ini.
Namun, baru-baru ini Diva ternampak Aliff meninggalkan komen dengan emosi berbentuk hati warna putih dalam satu hantaran Instagram Ruhainies.
Belum sempat Diva nak berkata-kata dalam hati, ada pula netizen yang komen kata Aliff bukan lelaki yang sesuai dengan Ruhainies.
“Alif tak sepadan dengan awak yang sangat lawa. Lebih baik cari bujang kaya-raya atau lelaki yang sudah berumur tetapi berpangkat datuk,” kata individu tersebut.
Tidak berdiam diri, pelakon itu pula membalas dengan berterima kasih atas cadangan tersebut.
Diva rasa lucu tetapi mungkin peminat mahukan yang terbaik untuknya, namun terpulanglah, pilihan dalam tangan masing-masing ya.
DIVA: Kalau bercinta, mengaku sahajalah sedangkan selalu keluar bersama.