fbpx

Polis siasat isu resit hina Islam, Melayu di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMUDA UMNO Bahagian Kluang membuat laporan polis semalam berikutan satu resit menghina Islam dan bangsa Melayu tular di media sosial baru-baru ini.

KLUANG – Polis membuka tiga kertas siasatan susulan gambar tular resit pembelian makanan segera yang didakwa mengandungi perkataan menghina Islam sejak kelmarin.

Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar berkata, resit bertarikh 19 dan 20 Disember itu membabitkan pembelian makanan di restoran makanan segera di Kluang, Batu Pahat dan Muar yang dipercayai dibuat individu sama.

Katanya, sebelum itu pihaknya menerima laporan berhubung kes itu yang membolehkan siasatan lanjut dijalankan, termasuk mengesan suspek.

“Tiga kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil mengikut peruntukan undang-undang yang ada terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum itu, satu laporan polis telah dilakukan dilakukan oleh Pemuda UMNO Bahagian Kluang di Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang, petang semalam.

Ketuanya, Syed Hussein Syed Abdullah berkata, pihaknya melahirkan rasa kesal dengan kejadian seumpama itu dan menggesa pihak penguatkuasa mengambil tindakan sewajarnya sebagai pengajaran kepada pelaku.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI