fbpx

Piala Cabaran: Selangor FC tepati ramalan layak ke separuh akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERTAHANAN Selangor FC, Sharul Nazeem (kanan) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan. - SFC

PETALING JAYA – Selangor FC yang dilabel sebagai pilihan menepati ramalan apabila mara ke separuh akhir Piala Cabaran selepas menyingkirkan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) 8-1 secara agregat.

Pada aksi suku akhir kedua di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, sebentar tadi, skuad kendalian Katsuhito Kinoshi menang 3-0 sekaligus menyaksikan Red Giants makin hampir untuk memastikan satu trofi mampu diraih musim ini

Selepas tewas 1-5 pada perlawanan pertama, KDN FC ambil keputusan menurunkan semua pemain tempatan berbanding empat import buat Selangor yang berada dalam kesebelasan utama.

Red Giants memulakan aksi dengan sempurna apabila Sharul Nazeem Zulpakar membuka jaringan seawal minit ke-10 sekaligus beri motivasi untuk terus mendominasi permainan.

Sebaik aksi memasuki masa kecederaan, kesilapan pertahanan KDN FC yang gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya pantas dihukum oleh Ronnie Fernandez untuk memastikan gol kedua buat tuan rumah.

Memasuki tempoh satu jam permainan, kedudukan Selangor FC makin selesa dan kali ini giliran Ahmad Danial Asri merakam nama selaku penjaring.

Walaupun KDN FC kekal dengan sikap positif, Selangor FC nyata pasukan yang lebih baik untuk mengesahlan kemaraan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI