fbpx

Petua, pesan mamak roti canai empat segi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Untuk mendapat kualiti baharu dan rasanya lebih segar, petua untuk menikmati roti canai di kedai mamak adalah dengan memesan roti canai berbentuk empat segi.

Melalui satu perkongsian mengenai petua tersebut di media sosial, cara pesanan terbabit biasanya akan dilakukan oleh para mahasiswa yang selalu melepak di kedai mamak.

“Teringat kisah lucu seorang kawan masa zaman universiti dulu. Setiap kali kami lepak di kedai mamak, dia akan order roti canai empat segi. Bukan roti canai biasa, mesti empat segi. Saya pun pelik, lalu tanya dia, ‘kenapa? Ada beza rasa ke?’.

“Dia dengan selamba jawab, ‘saja… Nak suruh dia tebar roti baru’ masa tu, kami semua gelak besar. Bijak betul cara dia dapat roti fresh setiap kali, tanpa perlu minta secara direct (terus),” tulis satu perkongsian di Facebook.

Jelas perkongsian itu lagi, sekiranya berbuat demikianpanya dan memesan roti bentuk lain, mamak memang akan buat baru sebab jarang-jarang akan ada orang pesan macam tu.

“Lepas tu, kami semua ikut cara dia. Terbukti, roti segi empat memang lebih sedap sebab fresh dari kuali.

“Kadang-kadang, perkara kecil macam ni yang buat hidup kita lebih menarik. Simple tapi genius! Kalau korang ada tips makan kat mamak yang pelik tapi berkesan, boleh kongsikan kat sini,” jelas perkongsian tersebut. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI