fbpx

Penjual kelapa didakwa noda anak saudara kekasih dalam hotel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kam Faht diiringi polis ketika tiba di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas pertuduhan merogol remaja perempuan Julai lalu

JOHOR BAHRU – Seorang penjual kelapa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas tiga tuduhan merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di sebuah hotel di Tampoi, Julai lalu.

Tertuduh, Loong Kam Faht, 35, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah dalam bahasa Melayu di hadapan hakim, Siti Noraida Sulaiman.

Mengikut kesemua pertuduhan, tertuduh didakwa telah merogol seorang remaja perempuan yang merupakan anak saudara teman wanitanya di sebuah hotel di Taman Munsyi Ibrahim, di sini.

Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan tersebut kira-kira pukul 10.30 pagi pada 2, 9 dan 29 Julai lalu.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Syufri A. Samad manakala tertuduh diwakili peguam Nur Farah Wahida Shahudin.

Pihak pendakwaan tidak menawarkan jaminan kepada tertuduh dan sekiranya mahkamah ingin menggunakan budi bicara membenarkan tertuduh diikat jamin, Nur Farah mencadangkan jaminan berjumlah RM30,000 bagi ketiga-tiga pertuduhan.

Bagaimanapun, Syufri yang mewakili anak guamnya memohon jaminan yang bersesuaian memandangkan tertuduh tidak mempunyai pendapatan tetap selain menanggung ibunya yang berusia 68 tahun dan menghidap kencing manis dan sakit jantung.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI