fbpx

Pau Marti anggap Malaysia istimewa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PAU MARTI menamatkan tugasnya bersama Harimau Malaya selepas gagal layak ke saingan separuh akhir Piala Asean apabila diikat Singapura kelmarin.

TEMPOH hampir tiga tahun memadai buat Pau Marti Vicente untuk sebati dengan jiwa Malaysia sambil mengakui Harimau Malaya sudah berada di sudut istimewa dalam dirinya.

Di sebalik keputusan seri tanpa jaringan dengan Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin, Pau Marti mengakui dihimpit perasaan bercampur baur kerana gagal membantu Harimau Malaya ke separuh akhir Piala ASEAN 2024.

Walaupun berkelana jauh daripada negara kelahirannya, Sepanyol dan terpaksa berdepan beberapa keadaan sukar, Pau Marti menjelaskan perjalanannya di Malaysia begitu istimewa khususnya untuk melihat potensi yang ada pada pemain di negara ini.

Ia adalah tugasan rasmi terakhirnya bersama Harimau Malaya, namun jurulatih itu tidak rela legasi yang ditinggalkan Kim Pan-gon musnah sekelip mata dan berharap pengendali baharu, Peter Cklamovski mampu memacu lebih banyak kejayaan buat pasukan.

“Ketika kami datang sebelum ini, kami mencuba untuk mencapai sesuatu hingga layak ke Piala Asia yang orang akan ingat. Ini akan berterusan, legasi tidak akan berakhir, tetapi berharap ia akan bertambah baik.

“Selamat maju jaya, Malaysia pasti akan jadi pasukan kebangsaan kegemaran saya. Saya akan terus berikan sokongan dari rumah dan saya fikir mereka akan mencapai apa yang mereka mahukan.

“Sekarang saya akan habiskan masa bersama keluarga untuk sambutan Krismas. Saya akan kekal di sini dulu kerana agak sukar juga untuk menentukan perancangan selepas ini,” katanya.

Dalam masa sama, Pau Marti turut menzahirkan keterujaan sama seperti Pan-gon yang kagum dengan sokongan ‘Ekor Harimau Malaya’.

Mengulas lanjut, Vicente yang tidak memperoleh skuad terbaik pada kempen kali ini enggan membuat sebarang perbandingan dan menzahirkan penghargaan buat seluruh pemain dipanggil.

“Kami tidak boleh nafikan pasukan kali ini juga mampu pergi lebih jauh, jadi sukar untuk saya katakan (perbandingan) kerana bagi saya pemain sekarang adalah yang terbaik. Pada akhirnya saya gembira dengan memori saya di sini,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI