KUALA KANGSAR – Mayat lelaki dipercayai warga tempatan ditemui tersangkut di longgokan batang pokok hanyut di bawah jambatan kereta api Sungai Cempias, Kampung Punti, di sini hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar, Ahmad Izuwan Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan untuk membantu polis mengangkat mayat lelaki itu pada pukul 11.44 pagi.
Katanya, setibanya di lokasi kejadian, terdapat mayat seorang lelaki tanpa baju dan hanya berseluar dalam keadaan terapung di bawah jambatan
“Mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi tamat pada pukul 12.30 tengah hari,” katanya. – KOSMO! ONLINE