fbpx

Lelaki rugi RM122 bilion kerana digodam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Day kerugian hampir AS$27 bilion. - Binance/Unilad

LINCOLN, NEBRASKA – Seorang lelaki di negeri Nebraska rugi hampir AS$27 bilion (RM122 bilion) dalam urusniaga Bitcoin, lapor laman berita Unilad.

Kejadian berlaku  pada 2011 apabila pelayan(server) yang mengendalikan jual beli Bitcoin runtuh akibat digodam.

Pada 19 Jun 2011, Kevin Day mengesan ada sesuatu tidak kena pada pasaran mata wang kripto terutamanya Bitcoin.

Ketika itu, harga Bitcoin runtuh. Day bagaimanapun mengambil peluang daripada situasi  tersebut untuk membeli seberapa banyak Bitcoin yang termampu.

Dia membeli sejumlah 259,684 Bitcoin pada harga cuma AS$2,613 (RM11,780). 

Menurut Google, ia menyamai AS$26,952,654,296 pada nilai hari ini atau hampir AS$27 bilion (RM122 bilion).

Menurut majalah Forbes bagi senarai individu terkaya 2024, jumlah itu akan menjadikan Day sebagai orang ke-69 terkaya di dunia ketika ini.

Ketika orang ramai terkejut dengan apa yang berlaku, Day ketika itu memanfaatkan peluang untuk membeli seberapa banyak Bitcoin yang boleh.

Dia mempunyai AS$3,000 (RM13,530) dalam dompet kripto daripada dagangan sebelumnya.

Menyedari bahawa pelabur lain akan membida satu sen standard untuk Bitcoin, Day memutuskan untuk membida lot itu pada AS$0.0101 (RM0.04) setiap Bitcoin supaya sistem akan memihak kepada transaksinya apabila menerima tawaran orang ramai.

Day membawa pulang 259,684 Bitcoin tetapi dengan segera menyedari bahawa punca keruntuhan pasaran itu adalah disebabkan seseorang menggodam Mt. Gox atau pelayan pertukaran untuk Bitcoin.

Pelakunya telah menggodam akaun Bitcoin orang ramai dan menjual semua syiling digital mereka.

Day cuba mengeluarkan semua Bitcoin yang dia ada dalam akaunnya tetapi gagal, sebaliknya dia hanya berjaya mengeluarkan 643 Bitcoin. Nilai itu pada hari ini bersamaan dengan AS$66 juta (RM298 juta).

Bagi membetulkan penggodaman, Mt. Gox memutuskan untuk melancarkan semula semua dagangan yang dibuat semasa masalah itu berlaku.

Namun, apabila pelayan beroperasi semula, semua Bitcoin milik Day telah dijual semasa penggodaman tersebut melainkan 643 yang sempat dikeluarkan olehnya.

Ini bermakna Day kehilangan 259,041 Bitcoin bagi nilai dalam pasaran hari ini, iaitu lebih AS$26 bilion (RM117 bilion). – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI