fbpx

Kayla suka lelaki matang, cari ketenangan di pantai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAYLA gemar ke pantai dan meminati lagu Zapin Madah Pusaka kerana irama ghazalnya mengasyikkan.

Setelah berjaya mencipta nama sebagai penyampai radio di Manis FM, gadis berusia 24 tahun ini menyimpan hasrat untuk bergelar pembaca berita.

Menjadikan Hawa Rizwana dan Fiza Sabjahan sebagai idola, Nur Syakila Afifa Ariff atau lebih dikenali sebagai Kayla mengorak langkah menyertai pencarian Wajah Baharu TV3. Bagaimanapun nasib belum menyebelahinya selepas gagal melepas saringan kedua.

Gadis manis graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu berkongsi minatnya dalam bidang nyanyian dan menjadikan bidua­nita negara, Datuk Seri Siti Nur­haliza sebagai sumber inspirasi dalam mengorak langkah mencapai kejayaan.

Kosmo! Ahad: Boleh ceritakan tentang diri anda?
Kayla: Mewakili UiTM Alor Gajah dalam kategori Nya­nyian Irama Tradisional Melayu di Festival Budaya UiTM Perak pada 2019, serta terlibat dalam persembahan nyanyian pada setiap istiadat konvokesyen universiti.
Kayla pernah meraih tempat kedua peringkat daerah dan ketiga peringkat negeri dalam Majlis Tilawah al-Quran.

Cara Kayla ‘healing’?
Sebagai anak kelahiran Terengganu yang terkenal de­ngan pantai-pantai yang cantik, saya memang gemar mencari ketenangan di pantai kerana angin laut dapat menyegarkan fikiran dan menenangkan jiwa.

Lelaki idaman anda?
Lelaki yang mempunyai sifat qawwam, iaitu seorang yang bertanggungjawab, berke­pimpinan dan hormat kepada orang tua. Le­bih baik jika lebih berusia dari saya, maskulin, dan memahami.

Perancangan masa depan Kayla?
Impian saya menjadi seorang pembaca berita. Namun, jika tidak tercapai, saya mungkin akan berumah tangga.

Kongsikan pengalaman sebagai penyampai radio?
Pengalaman bermakna apabila dapat berinteraksi dengan pendengar yang juga orang kelainan upaya (OKU) penglihatan. Dia berasal dari Kedah dan paling menarik intonasi suara dia seperti DJ, dan pendengar berkenaan ingat segala butiran segmen dikendali saya.

Siapa idola anda dalam dunia penyiaran, nyanyian?
Dalam penyiaran, saya me­ngagumi Fiza Sabjahan dan Hawa Rizwana. Dalam bidang nya­nyian, Datuk Seri Siti Nurha­liza. Kisah hidup beliau mengajar saya bahawa kesusahan adalah pendorong kepada kejayaan.

Apakah lagu yang paling dekat di hati?
Lagu Zapin Madah Pusaka kerana irama ghazalnya me­ngasyikkan. Lagu ini juga mengingatkan saya kepada nasihat orang tua untuk terus berusaha mencapai impian.

Pesanan kepada pelajar SPM?
Jangan terlalu fokus untuk menjadi ‘kebanggaan’ orang lain. Perjuangan ini adalah perjuangan kita melawan diri sendiri, demi masa depan kita.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI