fbpx

Jurutera ditahan buat laporan palsu kereta Audi disamun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

REMBAU – Seorang jurutera ditahan hari ini kerana disyaki membuat laporan polis palsu mendakwa disamun dan kenderaan mewah jenis Audinya dilarikan dalam kejadian di jalan Seremban – Tampin, di sini, pukul 11.45 semalam.

Ketua Polis Daerah Rembau, Superintenden Shaik Abd Kadar Shaik Mohamed berkata, hasil soal siasat, lelaki berusia 42 tahun itu mendakwa disamun dua lelaki yang menaiki sebuah pacuan empat roda.

Menurutnya, jurutera tersebut mendakwa telah memberhentikan kenderaannya selepas terdengar bunyi hentakan di kereta dan ketika membuat pemeriksaan, dia didatangi dua lelaki yang turut membuat ugutan.

“Jurutera itu berkata, dia disamun dan kenderaannya bersama dokumen penting serta wang tunai RM200 turut dilarikan. Bagaimanapun, hasil siasatan mendapati dia membuat laporan palsu demi membuat tuntutan insurans atas kehilangan kenderaan.

“Malah, jurutera ini juga bercadang menjual kenderaan tersebut kepada agen pembeli setelah pampasan insurans diluluskan selain merancang untuk menyorokkan kenderaannya di tepi jalan di Repah, Tampin,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Ujar Shaik lagi, lelaki tersebut telah ditangkap kira-kira pukul 11.45 pagi tadi di sebuah restauran di Pedas dan beberapa barangan termasuk kenderaan mewah tersebut turut dirampas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI