fbpx

Haziq puas bantu Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAZIQ berjaya menebus kesilapan ketika aksi menentang Thailand apabila mempamerkan ketangkasan menyelamatkan percubaan berbahaya Singapura. - FB FAM

PENJAGA gol negara, Haziq Nadzli menggambarkan dirinya seakan terhutang budi dengan pengendali pasukan, Pau Marti Vicente yang percayakan kualitinya untuk aksi ‘hidup mati’ menentang Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin.

Walaupun dipalit kritikan kerana kesilapan mudah dilakukan pada aksi dengan Thailand, Pau Marti terus memberikan kepercayaan kepada Haziq dan ketangkasannya beberapa kali menafikan percubaan bahaya Singapura.

Malah, Haziq juga menganggap perjalanan Harimau Malaya di Piala Asean 2024 kali ini memberikan sesuatu yang cukup bernilai buat dirinya bagi memastikan kariernya dapat terus berkembang pada masa akan datang.

“Bagi saya kesilapan adalah salah satu proses pembelajaran dalam bola sepak. Memang cara permainan saya agak berisiko kerana sering menggunakan kaki, jadi mahu atau tidak saya kena terus belajar.

“Saya juga mahu ucapkan terima kasih kepada jurulatih kerana berikan saya peluang untuk bermain sekali lagi,” katanya.

Keputusan seri tanpa jaringan kelmarin menyaksikan Harimau Malaya terpaksa merelakan kemaraan Singapura ke separuh akhir bagi mengiringi Thailand yang layak selaku juara Kumpulan A selepas kekal tanpa kalah dalam empat perlawanan.

Biarpun berdepan beberapa isu yang menghimpit pasukan, pemain yang mewakili Perak FC itu juga melabel skuad kali ini begitu istimewa dan dia begitu bertuah kerana dikelilingi individu luar biasa.

“Tahniah kepada rakan-rakan yang beri 100 peratus dalam padang walaupun keputusan berpihak kepada Singapura. Saya tidak boleh gambarkan apa lagi, terima kasih kepada kawan-kawan dan jurulatih yang banyak bantu saya.

“Memang sebelum ini saya buat kesilapan yang orang tidak boleh lupakan tetapi mereka beri motivasi kepada saya. Terima kasih kerana percayakan saya dan semua orang yang kekal menyokong saya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI