LONDON – Ange Postecoglou mengulangi kenyataannya apabila mendakwa tugasan sebagai pengendali Tottenham Hotspur adalah lebih berat berbanding Perdana Menteri.
Ini kerana beliau perlu merangka perancangan jangka masa pendek dan kali ini kredibilitinya akan sekali lagi teruji apabila melayan kunjung Liverpool di Stadium Tottenham Hotspur, awal pagi esok.
“Sudah pasti tidak semua orang yang akan jadi peminat kepada apa yang saya lakukan dan cara kami bermain kerana mereka pasti ada pandangan berbeza.
“Tetapi, itu adalah perkara normal, namun ada juga sebahagiannya begitu mengecewakan saya,” katanya yang anggap setiap pengurus di Liga Perdana Inggeris harus mendapat sedikit penghormatan.
Selepas cemerlang menyingkiran Manchester United 4-3, kemampuan sebenar Spurs akan teruji pada aksi dengan Liverpool yang juga lawan mereka di peringkat separuh akhir Piala Liga Inggeris.
“Bukan hanya saya saja, mana-mana pungurus pun perlu dihormati. Saya sudah lihat apa yang berlaku kepada bekas pengurus Arsenal, Unai Emery dan Nuno Espirito Santo semasa dia bersama Spurs.
“Saya mungkin tidak akan mengambil terlalu serius apa yang diperkatakan tetapi saya juga tidak ada masalah dengan semua itu.Saya sukakan hidup saya dan akan terus lakukan apa yang saya sedang lakukan,” jelasnya. – AGENSI