fbpx

EPL: Amorim jumpa lagi masalah Man. United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain United perlu meningkatkan tahap kecergasan dan kekuatan fizikal untuk menyaingi pasukan lawan. - FB MANCHESTER UNITED

MANCHESTER – Kekalahan kepada Tottenham Hotspur yang menyebabkan Manchester United tersingkir daripada saingan Piala Liga Inggeris (EFL) kelmarin menyaksikan pengendali pasukan, Ruben Amorim mengenalpasti beberapa lagi kelemahan pasukan itu.

Biarpun sebelum ini United dianggap sangat rapuh ketika bertahan menghadapi set-piece pasukan lawan, namun Amorim percaya ada lagi kelemahan yang perlu diberikan tumpuan untuk menjadikan pasukannya lebih stabil.

Amorim percaya pemain-pemain United berdepan masalah kelemahan fizikal berbanding pasukan lain dan ia terbukti ketika aksi menentang Spurs apabila mereka dilihat bergelut dengan masalah kecergasan.

“Kami sedar bahawa Spurs bertahan di kawasan yang agak tinggi, apabila mereka melakukan transisi, mereka akan memberikan tekanan dan kami cuba untuk mengambil kesempatan melakukan gerakan mereka.

“Bagaimanapun, saya fikir kami ada isu mengenai fizikal dan kecergasan apabila gagal untuk mencuri kesempatan melalui situasi tersebut. Kami perlu melihat dan berusaha untuk memperbaikinya,” katanya.

Menjelang perlawanan menentang Bournemouth di Old Trafford pada aksi Liga Perdana Inggeris malam ini, United tidak mempunyai pilihan kecuali meraih kemenangan untuk terus memperbaiki kedudukan mereka dan mengubati kekecewaan gagal di saingan EFL.

Namun, mereka tidak berdepan laluan mudah apabila Bournemouth terkenal sebagai pasukan yang gemar bertahan dan menggunakan serangan balas pantas menyebabkan para pemain United perlu bersedia meningkatkan tahap kecergasan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI