fbpx

Dulu dapat RM20,000 sebulan kini RM3,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nor Suhana meninjau benteng dibinanya bagi melindungi Chalet Layaran daripada hakisan di Pantai Teluk Bayu, Kuala Besut semalam.

BESUT – Demi menyelamatkan chalet daripada ancaman hakisan, pengusaha Chalet Layaran di Pantai Teluk Bayu, Kuala Besut di sini membina benteng batuan hampir setiap kali musim tengkujuh dengan keseluruhan lebih RM100,000 sejak empat tahun lalu.

Nor Suhana Zakaria, 40, berkata, pembinaan benteng itu bagi mengelakkan struktur chaletnya runtuh akibat ha­kisan pantai yang semakin menjadi-jadi sejak 2020.

“Sewaktu Chalet Layaran mula beroperasi pada 2019, jarak premis kami dengan gigi pantai lebih 100 meter. Kini jaraknya sudah mendekat kurang 10 meter ekoran ombak besar,” katanya ketika ditemui di Chalet Layaran di sini semalam.

Nor Suhana berkata, ombak yang menghempas pantai pe­ranginan tersebut pada setiap musim tengkujuh amat ganas sehingga memusnahkan ba­nyak infrastruktur seperti gerai, pondok rehat dan buaian.

Tambahnya, dia terpaksa membina benteng baharu pada minggu lalu setelah batuan melindungi premis chaletnya yang dipasang pada bulan lepas turut hanyut dihentam ombak besar.

“Kos membina semula benteng menelan belanja kira-kira RM20,000. Setiap malam, saya tidak tidur lena memikirkan keselamatan chalet.

“Ancaman hakisan ini turut memberi kesan kepada sambutan pengunjung terhadap Chalet Layaran sekali gus menjejaskan pendapatan saya,” katanya.

Nor Suhana berkata, tempahan bilik chaletnya merosot te­ruk dengan pendapatan bulan kini tinggal kira-kira RM3,000 sebulan berbanding RM20,000 sebelum ini.

Ujarnya, selain pelancong risau ancaman keselamatan, kemerosotan tempahan bilik chaletnya turut disumbangkan keindahan Pantai Teluk Bayu telah banyak dilenyapkan akibat hakisan yang berlaku.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI