fbpx

Bapa guna KWSP arwah ibu untuk isteri baharu, anak boleh saman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Anak boleh bertindak menyaman bapa sendiri sekiranya berdepan situasi lelaki tersebut menggunakan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) arwah isteri untuk isteri baharunya sekali gus tidak mengagihkannya kepada anak.

Menerusi TikTok seorang peguam @syafiqsb123, beliau menjelaskan anak tersebut boleh melakukan pembatalan kepada bapanya sebagai pentadbir harta pusaka ibunya.

“Ayah kahwin baharu, isteri baharu ‘control’. Ayah tak agihkan duit KWSP arwah emak, belanja isteri baharu. Apa boleh buat?

“Pembatalan ayah sebagai pentadbir harta pusaka emak, ganti dengan anak lelaki sulung. Secara asasnya, saman bapa sendiri,” katanya pada hantaran video tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI