fbpx

Angkara batu jed, pemilik syarikat rugi RM580,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUCHING: Seorang pemilik syarikat berputih mata apabila hasratnya membeli batu jed sebagai koleksi membuatkannya kerugian kira-kira RM580,000 akibat ditipu sindiket e-dagang.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mancha Ata berkata, pada pertengahan November lalu, lelaki tempatan berusia 60-an dari Sibu itu telah berkenalan dengan seorang individu tidak dikenali (suspek) melalui Facebook.

Katanya setelah berkenalan, mangsa menyatakan hasrat ingin membeli batu jed sebagai koleksi lalu suspek memberikan pautan https://www.yubao-jade.com yang menawarkan pelbagai jenis batu jed kepada mangsa.

“Mangsa yang tertarik dan berminat dengan tawaran tersebut telah berurusan dengan suspek melalui Whatsapp.

“Mangsa yang terpedaya telah melakulan beberapa transaksi wang secara berperingkat ke dalam akaun bank yang diberikan oleh suspek berjumlah lebih kurang RM580,000,” katanya dalam kenyataan.

Menjelas lanjut, Mancha berkata mangsa menyedari dirinya ditipu apabila masih diminta untuk melakukan transaksi pembayaran lain sebelum membuat laporan polis untuk siasatan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI