SEBELUM ini hanya gosip tetapi Diva rasa memang benar-benar menjalin hubungan cinta.
Itu firasat Diva sepanjang melihat beberapa perkongsian Ameera Khan dengan Jefri Nichol sejak kebelakangan ini.
Kemesraan mereka bukan biasa-biasa, sudah jadi luar biasa dan seperti pasangan kekasih!
Paling membuatkan mereka seperti pasangan kekasih apabila Ameera memanggil Jefri dengan sayang.
Lebih manis, ada rakaman dan foto memaparkan mereka saling berpegangan tangan dan Jefri mencium rambut Ameera. Memang makin terbuka nampaknya mereka berkongsi.
Bukan itu sahaja, dalam sebuah video mempromosikan sebuah produk, Ameera sempat berseloroh tidak boleh hidup tanpa kekasihnya.
“Sekarang saya memang tak boleh hidup tanpa produk ini sama juga seperti kekasih saya.
Tak perlulah nak sorok-sorok lagi, lagi pula sama cantik sama padan. Semoga hubungan kekal ke jenjang pelamin!
DIVA: Semoga Ameera dapat membimbing Jefri suatu masa nanti.