PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan buruk dan waspada di beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah termasuk Wilayah Persekutuan Labuan hari ini.
MetMalaysia dalam kenyataannya, amaran hujan berterusan (buruk) melibatkan hujan lebat berterusan di Sarawak iaitu Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Bintulu.
“Amaran hujan berterusan (waspada) di Sarawak pula melibatkan Kapit (Song dan Kapit), Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang.
“Selain itu di Sabah merangkumi Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat serta Labuan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE