fbpx

38 maut dalam kemalangan bas di Brazil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba dan pasukan penyelamat lain sedang menjalankan operasi di Teofilo Otoni, negeri Minas Gerais. - AFP

BRASILIA – Sekurang-kurangnya 38 orang maut dalam kemalangan membabitkan bas dan lori di tenggara Brazil semalam, kata pihak berkuasa dalam apa yang digambarkan oleh Presiden Luiz Inacio Lula da Silva sebagai ‘tragedi yang dahsyat’.

Menurut Polis Lebuhraya Persekutuan (PRF), kemalangan berlaku di negeri Minas Gerais itu melibatkan sebuah bas yang terbakar selepas perlanggaran, menjadikannya yang terburuk di lebuh raya persekutuan Brazil sejak 2007. 

Polis mengesahkan sebanyak 38 kematian termasuk pemandu bas, manakala sembilan orang lagi dimasukkan ke hospital.

“Maklumat awal mendedahkan bahawa satu blok granit yang diangkut oleh lori dari arah bertentangan dipercayai terjatuh ke atas jalan sebelum dilanggar bas.

“Pemandu lori melarikan diri dari tempat kejadian,” kata PRF dalam satu kenyataan.

Pasukan bomba pada awalnya melaporkan bahawa tayar bas meletup sekitar pukul 4.00 pagi (waktu tempatan), menyebabkan pemandu hilang kawalan dan melanggar sebuah lori. 

“Selepas kemalangan, bas yang dalam perjalanan dari Sao Paulo ke Vitoria da Conquista di negeri Bahia, terbakar,” jelasnya. 

Jumlah kematian terus meningkat dengan jurucakap jabatan bomba tempatan sebelum ini memberitahu AFP bahawa jumlah sebenar masih belum diketahui disebabkan keadaan mayat. 

“Selepas mengeluarkan mayat yang hangus dari serpihan, beberapa lagi mangsa ditemui terperangkap di dalam bas,” tambah pasukan bomba. 

Menerusi video yang disiarkan, Leftenan Alonso Vieira Junior dari Jabatan Bomba Minas Gerais berkata, kren diperlukan untuk membersihkan serpihan dan masih ada lagi mangsa yang perlu dikeluarkan’. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI