fbpx

10 maut dalam rempuhan gereja di Nigeria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota-anggota polis tiba di Gereja Katolik Holy Trinity di Maitama. - News Central 

ABUJA – Sekurang-kurangnya 10 orang termasuk kanak-kanak terbunuh dalam insiden rempuhan semasa pengagihan barangan bantuan di sebuah gereja di Abuja, Nigeria, lapor saluran berita CBS News semalam. 

Kejadian berlaku di Gereja Katolik Holy Trinity, Maitama pada awal pagi semalam. 

Seorang jurucakap polis, Josephine Adeh berkata, lebih 1,000 orang dipindahkan daripada gereja tersebut. 

Rakaman yang tular di media sosial menunjukkan beberapa mayat bergelimpangan di atas tanah ketika orang ramai menjerit meminta pertolongan. 

“Sebahagian daripada mangsa yang cedera telah dirawat di hospital berhampiran dan dibenarkan pulang,” tambah Adeh. 

Polis Abuja mengumumkan bahawa pihak berkaitan harus memohon kebenaran sebelum menganjurkan sebarang acara amal. 

Rempuhan tersebut merupakan tragedi kedua dalam tempoh seminggu di negara paling ramai penduduk di Afrika itu. Pelbagai organisasi, gereja dan penduduk tempatan kerap menganjurkan acara amal menjelang Krismas dan di tengah-tengah krisis kos sara hidup terburuk. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI