fbpx

Wang kertas boleh ‘dibelah’ dua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan wang kertas bernominas 100,000 rupiah yang boleh dibelah dua. - Instagram

JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia mengundang perhatian orang ramai selepas mendedahkan bahawa wang kertas yang diterimanya adalah palsu, lapor portal berita Tribunnews semalam. 

Kejadian berlaku di Enrekang, wilayah Sulawesi Selatan. 

Rakaman dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @enrekanginfo memaparkan beberapa keping wang kertas bernominasi 100,000 rupiah (RM28) yang bertaburan di atas lantai.  

Lebih mengejutkan wang kertas itu boleh dibelah dua seperti ‘sticker’. 

“Berhati-hati dengan pengedaran wang palsu sempena Krismas dan tahun baru,” demikian menurut keterangan video itu. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 88,600 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Mesti dapat semasa Pilkada(pilihan raya daerah)  hari itu,” sindir seorang netizen.

“Rugi!” komen netizen lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI