fbpx

[VIDEO] Polis buru penyokong bola sepak merusuh di stesen LRT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rusuhan yang berlaku tengah malam tadi.

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan satu kumpulan penyokong bola sepak yang melakukan rusuhan di platform LRT Stesen Bandar Tasik Selatan Sungai Besi, di sini, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, pihaknya menerima laporan kejadian daripada Lans Koperal PB Hafsan (pengadu) pada pukul 3.40 pagi tadi.

Katanya, pengadu menaiki tren dari Stesen Bukit Jalil menghala ke Sentul Timur lebih kurang 12.03 tengah malam.

“Ketika tren tiba di platform Stesen Bandar Tasik Selatan, terdapat satu kumpulan penyokong bola sepak telah keluar daripada tren dan berlakunya pertengkaran di antara penyokong kumpulan lain menyebabkan pergaduhan berlaku.

“Kemudian, dua kumpulan penyokong bola sepak anggaran 20 hingga 30 orang bertindak agresif bertumbuk antara satu sama lain, membaling tong sampah, penghadang pintu lif ke arah tren serta menendang pintu tren,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Susulan kejadian itu, bahagian pintu cermin tren mengalami kerosakan dan menyebabkan tren terhenti lebih kurang lapan minit.

“Pengadu bersama anggota bertugas bertindak meleraikan pergaduhan yang berlaku diantara dua kumpulan.

“Keadaan menjadi terkawal setelah pintu tren tutup dan tren terus beredar dari tempat kejadian,” jelasnya.

Ujarnya, polis bantuan bersama anggota bertugas PB Hakif Danish mengiring penyokong tersebut keluar dari Stesen Bandar Tasik Selatan dengan selamat.

“Setakat ini, tiada sebarang tangkapan dibuat dan kes disiasat mengikut Seksyen 147 dan 427 Kanun Keseksaan.

“Kita mohon mereka yg terlibat untuk tampil bantu siasatan,” tegasnya.

Video rusuhan berdurasi 33 saat itu tular di media sosial X sekali gus mencetuskan kemarahan orang ramai kerana merosakkan kenderaan awam. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI