fbpx

‘Tidak semua kritikan terhadap kerajaan perlu disiasat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (kiri) dan Fahmi.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersetuju sekiranya aktivis dan pereka grafik, Fahmi Reza ditangkap atau didakwa berhubung kritikan terhadap Kerajaan Perpaduan.

Katanya, tidak semua kritikan yang dilontarkan terhadap kerajaan perlu disiasat.

“Mengenai Fahmi Reza, saya tidak bersetuju jika dia didakwa atau ditahan

“Terus-terang, saya fikir untuk tujuan perkara ini, saya ingin memberitahu agensi seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan polis bahawa mengenai kritikan terhadap Perdana Menteri, biarlah,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Terdahulu, polis telah merekod keterangan Fahmi untuk siasatan karikatur serta kenyataan berbaur memperlekehkan pelantikan Tun Musa Aman sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah.

Keterangan Fahmi direkodkan di Bukit Aman selepas hadir kira-kira pukul 8.15 pagi, pada Khamis lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ ) Bukit Aman selepas laporan diterima pihaknya pada Rabu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI