fbpx

Tatakelola, perangi rasuah keutamaan kerajaan Madani pada 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar pada sidang akhbar di Petaling Jaya, hari ini. - Foto oleh AMIR KHALID

PETALING JAYA – Agenda tatakelola serta hal integriti berkaitan rasuah antara keutamaan Kerajaan Madani menjelang tahun 2025.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tegas dalam membasmi amalan rasuah yang semakin membarah dalam kalangan rakyat dan pemimpin dalam negara ketika ini.

Bagaimanapun, Anwar mengakui bahawa kedua-dua perkara itu tidak boleh ditangani dalam tempoh singkat sebaliknya memerlukan masa setelah melihat ramai pihak memandang remeh amalan integriti dalam urusan seharian.

Jelasnya, walaupun tindakannya itu tidak disenangi segelintir pihak tertentu, beliau namun akan meneruskan perkara tersebut sepanjang menjawat jawatan Perdana Menteri dalam usaha memulihkan negara.

“Apa keutamaan 2025? Keutamaan saya sebut sebentar tadi isu governans kerana kita merosot sejak sekian lama, prestasi kerja dan rasuah di mana orang anggap perkara biasa.

“Ini bukan sahaja dalam kerajaan, tetapi juga rakyat, anggap isu rasuah sebagai kecil, (hingga mengatakan) jadi menteri jadi kaya, apa salah kaya? (Jadi) saya tekankan tatakelola walaupun tidak disenangi setengah pihak.

“Saya kira ini mesti dibetulkan, tiada kira siapa kamu, menteri, ketua jabatan mesti cakap tidak boleh (rasuah). Tindakan harus diambil,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Kata Anwar, semua pihak harus memahami pengasingan kuasa antara tiga cabang utama iaitu badan kehakiman, eksekutif dan perundangan di mana Perdana Menteri tidak boleh mencampuri sebarang keputusan mahkamah.

Anwar menegaskan, sejak dua tahun memegang jawatan Perdana Menteri, beliau tidak pernah mencampuri dalam sebarang dan urusan kehakiman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI