fbpx

‘Saya tak rasa GV program memalukan penyanyi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ella kini Ella melancarkan jenama pakaiannya secara rasmi iaitu RockQueen. - AFIQ RAZALI

KUALA LUMPUR – “Saya tidak rasa Gegar Vaganza program yang memalukan penyanyi”.

Demikian kata penyanyi dan Ratu Rock, Ella, apabila diminta menggulas mengenai kenyataan penyanyi Man Bai yang mendakwa program Gegar Vaganza (GV) seperti memalukan penyanyi berpengalaman

Ella atau nama sebenarnya, Nor Zila Aminuddin, 57, yang pernah menjadi juri jemputan program itu tahun lalu berasakan GV menawarkan sebuah platform persaingan bakat yang sihat.

“GV satu-satu pertandingan yang sihat. Program itu hanya untuk kita mencabar diri. Kalau ada yang berani menyahut cabaran, apa salahnya?,” katanya.

Penyanyi lagu Retak itu juga berpendapat, maestro muzik Datuk Ramli MS layak duduk di kerusi ketua juri kerana kepakaran dan personalitinya yang menghiburkan penonton.

“Saya juga fikir tiada masalah jika pilih Ramli MS (sebagai ketua juri). Dia okey dan menghiburkan dalam ketegasan.

“Kalau mahu perbaiki format GV, boleh tambah baik untuk lebih berkualiti, apapun GV sebuah program yang bagus” ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran jenama pakaian RockQueen, di Muslimah Fest 2024, di Mid Valley sebentar tadi.

Terdahulu, penyanyi Man Bai menegaskan enggan terlibat dengan program Gegar Vaganza walaupun pernah ditawarkan menjadi penyanyi jemputan untuk segmen duet.

Pelantun lagu Kau Ilhamku itu mendakwa program nyanyian itu seperti memalukan artis berpengalaman yang bertanding. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI