fbpx

Saya sudah bayar kompaun – Mohamad Hasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Foto tular memaparkan Mohamad merokok di sebuah restoran.

SEREMBAN – Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengesahkan telah membayar kompaun dikenakan Kementerian Kesihatan (KKM) terhadapnya atas kesalahan merokok di tempat awam di Rantau baru-baru ini.

Ujar Ahli Parlimen Rembau itu, kompaun tersebut dibayar sehari selepas menerima notis daripada Pegawai Kesihatan Daerah Seremban.

“Saya sudah bayar sehari selepas menerima notis, Alhamdulillah,” katanya ringkas kepada pemberita selepas hadir merasmikan Pertandingan E-Sport(MLBB) Piala Tok Mat di sini, hari ini.

Sebelum ini tular di media sosial beberapa gambar Ahli Parlimen Rembau itu didakwa menghisap rokok di sebuah restoran.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad kemudiannya menerusi platform media sosial X berkata, Mohamad sendiri meminta supaya dikompaun susulan gambarnya tular.

Bahkan, Mohamad sebelum itu turut dilaporkan memohon maaf atas kesilapan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI