fbpx

Ribut petir landa 8 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di lapan buah negeri pada petang ini.

MetMalaysia dalam satu hantaran berkata, amaran dikeluarkan susulan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku sehingga pukul 5 petang nanti.

Amaran tersebut dikeluarkan di negeri Perak melibatkan daerah Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim manakala di Terengganu melibatkan Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.

“Hujan lebat dan ribut petir dijangka berlaku di Pahang di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Kuantan, Pekan dan Rompin.

“Keadaan sama dijangka berlaku di Selangor iaitu di Kuala Langat dan Sepang,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, amaran sama juga dikeluarkan bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya.

“Amaran ribut petir itu juga dikeluarkan di Negeri Sembilan iaitu di daerah Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin.

“Selain itu, amaran sama juga dikenakan bagi seluruh negara Melaka manakala di Johor, amaran juga dikeluarkan di Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI