fbpx

Piala Malaysia: Sri Pahang tagih kualiti Aguero

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGURUSAN Sri Pahang percaya Sergio Aguero (no. 16) mampu memainkan peranan buat pasukan untuk melayan kunjungan Perak FC di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, malam esok. - FAM

KUANTAN – Sri Pahang tidak pernah meragui komitmen Sergio Aguero dan percaya pemain naturalisasi itu mampu memainkan peranan penting buat pasukan pada aksi Piala Malaysia menentang Perak FC di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, malam esok.

Walaupun sedar Aguero baharu saja selesai tugasan bersama Harimau Malaya di pentas Piala ASEAN 2024, barisan kejurulatihan dan pengurusan tetap yakin pemain kelahiran Argentina itu sentiasa bersedia untuk menabur khidmat sekiranya diperlukan.

“Saya percaya mereka akan memberi komitmen terbaik walaupun terpaksa mengharungi jadual perlawanan yang agak padat,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Sri Pahang, Datuk Muhamed Suffian Awang.

Muhamed Suffian juga menaruh harapan agar pengendali pasukan, Fandi Ahmad dapat menyediakan perancangan terbaik bagi menghadapi Perak FC.

Ketika ini, skuad Tok Gajah hanya memerlukan keputusan seri bagi mengesahkan tempat ke separuh akhir memandangkan Sri Pahang meraih kemenangan 1-0 pada perlawanan pertama, 13 Disember lalu. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI