fbpx

Piala Malaysia: JDT ke separuh akhir, tewaskan KL City FC 4-0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BERGSON melakukan sepakan ke arah pintu gol sambil dihalang pertahanan KL City FC, Muhammad Anwar pada aksi timbal balik suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri hari ini. - Foto oleh RAJA JAAFAR ALI

ISKANDAR PUTERI – Penyandang juara, Johor Darul Ta’zim (JDT) menewaskan Kuala Lumpur City FC (KL City FC) 4-0 pada perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim petang tadi sekali gus melangkah ke pusingan separuh akhir dengan agregat 6-1.

Gol pertama Harimau Selatan diperoleh menerusi sepakan penalti oleh Arif Aiman pada minit ke-35 diikuti oleh Bergson Da Silva yang meledak gol kedua buat JDT sebelum tamat babak pertama perlawanan.

Pada babak kedua, pengadil sekali lagi memberikan sepakan penalti kepada JDT pada minit ke-56 selepas berlaku kekasaran yang membuka peluang kepada Bergson untuk menjaringkan gol ketiga pasukannya.

The City Boys yang tampak lesu pada pertemuan itu terus dihukum JDT dengan menambah derita buat pasukan pelawat apabila Muniz menjaringkan gol keempat perlawanan menerusi sepakan lencong dari luar kotak penalti pada minit ke-62. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI