fbpx

Petronas syarikat milik negara, tiada kompromi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar pada sidang akhbar di Petaling Jaya, hari ini. - Foto oleh AMIR KHALID/ KOSMO!

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Petronas bukanlah syarikat Semenanjung sebaliknya ia milik negara seperti mana digariskan di bawah Akta Kemajuan Petroleum 1974.

Akta tersebut menjelaskan Petronas masih diiktiraf sebagai syarikat minyak negara yang mempunyai kuasa penuh dalam mengawal selia seluruh pembangunan industri minyak dan gas di negara ini, selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

Tegas Anwar, tiada kompromi berhubung perkara itu di sebalik kebimbangan terhadap permintaan Sarawak ke atas hak milik minyak di wilayah tersebut.

Menurut Anwar, adalah penting bagi Petronas untuk diiktiraf sebagai sebuah badan kebangsaan termasuk untuk menghormati semua obligasi kontrak tanpa kompromi.

“Tetapi hubungan saya dengan Premier Abang Johari (Tan Sri Abang Johari Tun Openg) sangat baik. Akhirnya, kami mahukan penyelesaian yang harmoni untuk isu ini.

“Akhirnya Akta Pembangunan Petronas (PDA) adalah akta nasional dan Petronas adalah sebuah syarikat nasional, bukan syarikat Semenanjung. Saya ingin menjelaskan perkara ini kepada anda dengan sangat jelas. Tiada kompromi dalam hal ini.

“Tidak kira apa pun tuntutannya. Jika anda terima itu, maka, negara atau negeri kini yang mahu memastikan bahawa mereka menegaskan kedudukan mereka untuk melindungi kepentingan, terutamanya Sabah dan Sarawak, kerana kami juga terikat dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA1963),” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Kerajaan Sarawak sebelum ini memutuskan bahawa Syarikat Petroleum Sarawak Bhd (Petro) akan mengambil alih peranan dalam semua aktiviti jual beli gas asli di negeri itu bermula 1 Julai lalu, namun Petronas meminta penangguhan pelaksanaan pengambilalihan itu kerana pengagihan gas ke Loji LNG di Bintulu akan terjejas.

Bagaimanapun, Kerajaan Sarawak memberi tempoh lanjutan tiga bulan kepada Petronas untuk memuktamadkan susunan penyeliaan pengagihan gas di Sarawak dengan Petros.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, Petros perlu bekerjasama dengan Petronas untuk aktiviti baharu gas dan minyak.

“Saya rasa ini adalah langkah wajar. Mereka telah menetapkan parameter dalam hal ini. Mereka iktiraf peranan Petronas dan kita iktiraf peranan Sarawak. Saya fikir kita perlu bekerjasama,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI