PETALING JAYA – Peruntukan bantuan yang disediakan kerajaan khususnya berkaitan Program Pembasmian Kemiskinan di negara ini diberi tanpa mengira perbezaan kaum.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia diagihkan berdasarkan keperluan semasa seperti kadar miskin tegar yang dikenalpasti dalam sesebuah lokaliti.
“Peranan kita cari fakta dan jangan terbawa-bawa dengan sentimen kaum. Siapa kata RM130 juta itu khusus untuk Amanah Ikhtiar (AIM)? Bantuan kemiskinan tegar di Kuala Lumpur semua majoriti yang miskin tegar di Kuala Lumpur adalah kaum India.
“Jadi, sekarang kata tetapi bila dia guna isu ini dan pengaruhi rakyat saya tak fikir adil kalau ada keluarga miskin tegar, saya akan bertanggungjawab,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan media berkaitan keluhan masyarakat kaum India yang tidak berpuas hati dengan peruntukan khusus kepada pembangunan sosioekonomi mereka dalam belanjawan 2025 kerana dianggap tidak mencukupi dan memerlukan perhatian serta tindakan khusus. – KOSMO! ONLINE