fbpx

MetMalaysia keluar nasihat Lekukan Tropika di Laut China Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MetMalaysia

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan satu sistem tekanan rendah terbentuk di perairan Sarawak petang semalam.

Ketua Pengarahnya, Dr. Mohd. Hisham Mohd. Anip berkata, model-model cuaca menunjukkan intensiti sistem itu berpotensi meningkat menjadi lekukan tropika dalam tempoh 24 ke 48 jam akan datang.

“Sistem ini dijangka akan bergerak ke utara menuju ke tengah Laut China Selatan.

“Pada masa yang sama, luruan monsun yang sedang berlaku dijangka berterusan sehingga 24 Disember 2024,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, keadaan itu boleh mengakibatkan hujan lebat berterusan, angin kencang dan laut bergelora di Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah serta perairan Laut China Selatan.

“Sehubungan itu, MetMalaysia telah mengemaskini Amaran Hujan Berterusan (Buruk & Waspada) yang berkuat kuasa sehingga 22 Disember 2024 melibatkan negeri berkenaan manakala Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora pula berkuat kuasa sehingga 24 Disember 2024.

“MET Malaysia akan mengemaskini nasihat dan amaran tersebut dari semasa ke semasa berdasarkan situasi terkini,” jelasnya.

Katanya, orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI