fbpx

KPT, UM tidak kompromi jika terbukti ada berlaku salah laku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menegaskan bahawa pihaknya memandang serius terhadap sebarang isu salah laku termasuk kes gangguan seksual melibatkan warga Institusi Pendidikan Tinggi (IPT).

Merujuk kepada dakwaan kes melibatkan seorang profesor di Universiti Malaya (UM), KPT menjelaskan bahawa siasatan rasmi sedang dijalankan oleh Unit Integriti UM sejak aduan diterima.

KPT berkata, pihak universiti telah mematuhi semua prosedur yang ditetapkan dan mengambil langkah proaktif untuk melindungi hak semua pihak terlibat.

“UM juga mempunyai garis panduan dan peraturan khusus berhubung isu gangguan seksual, dan langkah-langkah yang sewajarnya sedang diambil untuk melindungi hak semua pihak,” katanya kenyataan dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, individu yang dikaitkan dengan dakwaan tersebut turut membuat laporan polis dan siasatan sedang dijalankan oleh pihak berkuasa.

“Kementerian menegaskan bahawa sebarang tindakan yang diambil mestilah selaras dengan undang-undang sedia ada, kerana langkah yang melanggar tatacara perundangan akan mencabuli proses siasatan yang sedang berlangsung.

“Kementerian menyeru agar semua pihak memberikan ruang untuk siasatan menyeluruh dilaksanakan,” ujarnya.

Kata kenyataan itu, KPT dan pihak UM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak terbukti bersalah melakukan pelanggaran undang-undang serta tindakan tatatertib yang tegas akan diambil.

Terdahulu media melaporkan, Kelab Feminisme UM menggesa pihak pengurusan memperketatkan polisi gangguan seksual selepas insiden berkenaan.

Kelab itu mendakwa gambar berkenaan dicetak dan dipamerkan di sekitar kampus bagi memberi peringatan kepada pelajar lain sebelum ia diturunkan.

Ia mendakwa, beberapa profesor lain cuba untuk melindungi pelaku. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI