fbpx

[KEMASKINI] Penyamun berparang di Muar diberkas di Sungkai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIGA suspek direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes samun berkawan bersenjata di sebuah rumah di Taman Sri Treh, Muar, Selalu lalu.

MUAR – Dua lelaki dan seorang wanita yang disyaki terbabit dalam kes samun bersenjatakan parang di Taman Sri Treh, di Muar, Selasa lalu hingga tular di media sosial direman tujuh hari bermula hari ini.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Suzana Mokhtar terhadap kesemua suspek yang berusia 30-an bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Difahamkan, ketiga-tiga suspek ditahan di Sungkai, Perak.

Terdahulu, Kosmo! pada Khamis lalu melaporkan kejadian tular beberapa video di Facebook kejadian dua lelaki bertopeng melakukan pecah rumah dan samun bersenjata dipercayai berlaku di sebuah rumah di Taman Sri Treh, di sini.

Menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan masa dan tarikh kejadian berlaku pada kira-kira pukul 5.21 petang, 17 Disember lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Superintendan Muhammad Aidil Roneh Abdullah berkata, susulan itu, polis menemui kereta Perodua Myvi ditinggalkan di dalam garaj sebuah rumah di Jasin, Melaka kira-kira pukul 11.30 pagi, Rabu lalu dipercayai digunakan suspek dalam kejadian samun berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI