fbpx

[KEMASKINI] Jurukimpal tertusuk besi meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sewaktu membawa Firdaus turun dari pelantar stesen janakuasa elektrik di Kawasan Perindustrian Paka, Dungun hari ini.

DUNGUN – Jurukimpal yang cedera parah akibat tertusuk besi sewaktu bertugas di pelantar sebuah stesen janakuasa elektrik di Kawasan Perindustrian Paka di sini semalam disahkan meninggal dunia awal pagi tadi.

Mangsa, Firdaus Mazlan, 34, menghembuskan nafas terakhir sewaktu menerima rawatan di Hospital Dungun di sini pada pukul 12 tengah malam.

Rakannya, Mohd. Izzat Amir Mohd. Rahim, 32, berkata, Firdaus yang masih bujang merupakan pekerja yang komited dan berdedikasi.

“Saya sekampung dengannya (Firdaus). Kami baru memancing bersama-sama pada minggu lalu. Kadang-kala kami bekerja (kimpalan besi) bersama-sama apabila ada projek,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Izzat berkara, jenazah Firdaus akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Syed Yahya di sini.

Terdahulu, Firdaus dilaporkan tersadung sebatang besi sebelum terjatuh dari pelantar sewaktu sedang memotong besi bersama dua rakan sekerjanya pada 4.45 petang semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI