fbpx

Jurukimpal parah bahu tertusuk besi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota sedang membawa turun jurukimpal yang cedera akibat bahu tertusuk besi di pelantar sebuah stesen janakuasa di Kawasan Perindustrian Paka, Dungun semalam.

DUNGUN – Seorang jurukimpal cedera parah pada bahagian bahu akibat akibat tertusuk besi sewaktu menjalankan kerja-kerja pemotongan bahan logam itu di sebuah pelantar stesen janakuasa elektrik di Kawasan Perindustrian Paka di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 4.45 petang tersebut, lelaki berusia 34 tahun terbabit tergantung pada ketinggian kira-kira 84 meter selama lebih sejam sebelum diselamatkan anggota bomba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Paka, Mohd. Rizuan Ramli berkata, sebelum kejadian mangsa dikatakan sedang melakukan kerja-kerja memotong besi di sebuah pelantar stesen janakuasa elektrik bersama dua rakan sekerjanya.

Beliau berkata, difahamkan mangsa tiba-tiba tersadung pada sebatang besi sebelum terjatuh dari pelantar terbabit.

“Mangsa bernasib baik kerana memakai tali pinggang keselamatan abah-abah yang tidak menyebabkan dia terjatuh terus dari pelantar itu sebaliknya tergantung.” katanya di sini hari ini.

Mohd. Rizuan berkata, mangsa yang mengerang kesakitan akibat bahunya tertusuk besi dalam keadaan tergantung terus diberi rawatan awal bagi menghentikan pendarahan.

Tambah beliau, rawalan susulan kemudiannya dilakukan pasukan perubatan Klinik Kesihatan Paka sebelun mangsa berjaya dibawa turun dari pelantar terbabit pada pukul 6.10 petang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI