fbpx

Isytihar produk usus sotong tapi bawa sosej ayam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penguat kuasa ketika memeriksa kotak berisi sosej di NBCT, semalam.

SEBERANG PERAI – Sebanyak 27 tan metrik produk sosej sejuk beku bernilai RM37,000 dirampas Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang di Pelabuhan Pangkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT), semalam.

Menurut kenyataan Maqis, barangan dagangan terbabit dikesan ketika pemeriksaan dilakukan terhadap sebuah kontena dari negara China yang tiba di pelabuhan berkenaan.

Menurutnya, pihak pengimport mengisytiharkan konsainan dagangan yang dibawa masuk adalah jenis ‘Frozen Cuttlefish Intestines’ (usus sotong sejuk beku).

“Walau bagaimanapun, berdasarkan hasil keputusan analisis sampel terhadap konsainan terbabit melalui kaedah analisis Deoxyribonucleic Acid (DNA) mendapati ia mempunyai DNA ayam, berbeza dengan kandungan yang diisytiharkan.

“Selain itu, dagangan terbabit juga dibawa masuk tanpa pengesahan Sijil Kesihatan Veterinar dan Sijil Halal.

“Ini boleh menyebabkan risiko kemasukan makanan berasaskan haiwan yang dikhuatiri kesahihan dalam aspek keselamatan agro makanan dan halal,” katanya di sini, malam tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI