Hatyai terhenti kerana banjir, ICQS kembali diserbu - Kosmo Digital

Hatyai terhenti kerana banjir, ICQS kembali diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sesak di pintu sempadan ICQS Padang Besar, Perlis hari ini.

PETALING JAYA – Pintu sempadan negara menuju ke Thailand mulai sesak apabila dibanjiri ribuan rakyat Malaysia yang mengambil kesempatan melancong sempena cuti sekolah dan Krismas.

Tinjauan Kosmo! di laman media sosial mendapati orang ramai mula menyerbu Kompleks Imigre­sen, Kastam, Kuarantin dan Ke­­selamatan (ICQS) Padang Be­sar, sejak semalam.

Menerusi perkongsian klip video oleh seorang pengguna, menujukkan kesesakan orang ramai yang beratur untuk memasuki negara gajah putih itu.

Berdasarkan video itu, pekarangan ICQS turut dipenuhi dengan kenderaan iaitu bas, kereta dan motosikal berikutan ia merupakan laluan utama untuk ke destinasi pelancongan menarik di selatan wilayah Thailand.

Menurut pemilik video tersebut yang dikenali sebagai Ira, dia yang ingin bercuti di Hatyai sanggup menempuh kesesakan bagi menikmati makanan murah di sana.

“Kami sanggup beratur untuk bercuti di Hatyai. Dapat makan tomyam sedap dan murah di sana,” katanya.

Sementara itu, terdapat segelintir rakyat Malaysia yang melalui pintu sempadan itu lebih awal bagi mengelakkan kesesakan.

“Saya dah masuk pukul 6.30 pagi tadi. Tak ramai sangat orang,” jelas Fizz.

“Hari ini (Jumaat) pun dah hura hara. Tapi alhamdulillah berjaya masuk selepas tiga jam beratur. Hari Sabtu mesti lagi tak terkawal,” kata Eyra.

Untuk rekod, pelancongan di Hatyai yang sebelum ini terhenti akibat dilanda banjir pada November lalu kini kembali meriah apabila menerima pelancong dari Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI