fbpx

Dua lelaki simpan video pornografi kanak-kanak diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUCHING – Dua lelaki masing-masing ditahan di Bintulu dan Miri kerana didapati melayari laman web dan menyimpan video pornografi kanak-kanak.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak iaitu kesalahan mengakses dan sebagainya, Pahan Penganiayaan Seksual Kanak-Kanak 2017.

“Tangkapan dibuat susulan maklumat berhubung kegiatan mereka itu diterima pada April dan November lalu. Kedua-dua lelaki itu didapati melayari laman web dan menyimpan video pornografi kanak-kanak di telefon bimbit masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mancha mengingatkan orang ramai supaya tidak melayari, mengakses laman web atau menyimpan video pornografi dan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak kerana jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI