fbpx

Datuk terkedu, wang setengah juta lesap melabur kripto

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Seorang warga emas lelaki melopong apabila hanya memperoleh RM4,000 sahaja selepas melabur lebih RM500,000 dalam pelaburan matawang kripto.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, mangsa yang berusia 61 tahun itu telah diperkenalkan dengan pelaburan itu oleh seorang kenalan wanita warga asing di Facebook, Jun lalu.

Katanya, kenalan yang bernama Sakura Gi Haruko yang menjanjikan pulangan keuntungan sebanyak 0.8 peratus daripada jumlah modal yang dilaburkan.

“Mangsa yang tertarik dengan keuntungan yang dijanjikan telah memuat turun aplikasi Metamask dan Luno di Playstore.

“Lelaki itu telah memuat 32 transaksi ke 19 akaun berbeza yang diberikan Bermula 23 Jun sehingga 17 November dengan jumlah modal keseluruhan sebanyak RM533,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Balveer Singh berkata, mangsa yang hanya menerima keuntungan sebanyak RM4,000 menyedari dirinya ditipu apabila diminta untuk membuat bayaran tambahan bagi tujuan pengeluaran wang tersebut.

Katanya, mangsa telah tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara, semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI