JAKARTA – Perbuatan seorang wanita atau ‘makcik kantin’ membuang makanan yang dijual oleh seorang pelajar mengundang kecaman orang ramai, lapor portal berita Tribunnews semalam.
Kejadian berlaku di Madrasah Tsanawiyah Nurul Huda di Brebes, wilayah Jawa Tengah pada Selasa lalu.
Rakaman dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @updatebrebes.id memaparkan wanita itu melemparkan beberapa bungkus makanan yang dijual pelajar itu di atas tanah.
Bahkan, anak wanita tersebut sempat menengking guru yang menegur perbuatan si ibu.
Dia berbuat sedemikian akibat iri hati selepas makanan dijualnya kurang laris.
Rakaman itu mencatatkan lebih 362,000 tontonan bersama 10,400 tanda suka.
“Boikot ‘makcik’ kantin! Jangan beli jualannya!” marah seorang netizen.
“Mesti dia (wanita berkenaan) faham kenapa masih miskin?” sindir netizen lain. – AGENSI