fbpx

Berpusu-pusu keluar KL, balik kampung cuti panjang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aliran trafik perlahan di Plaza Tol Sungai Besi dan Plaza Tol Gombak petang tadi. - Foto LLM

PETALING JAYA – Orang ramai sudah mula berpusu-pusu pulang ke kampung halaman masing-masing termasuklah mengambil peluang pergi bercuti sempena cuti sekolah serta perayaan Hari Natal yang bakal disambut penduduk beragama Kristian pada 25 Disember ini.

Setakat pukul 6.30 petang ini, tinjauan Kosmo! di laman sesawang Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), beberapa lebuh raya utama dilaporkan sesak dengan pertambahan kenderaan sejak malam tadi.

Pergerakan kenderaan keluar dari ibu kota menuju utara, selatan serta Pantai Timur semakin bertambah sejak 12 tengah hari, manakala aliran trafik di Plaza Tol Gombak dan Plaza Tol Sungai Besi ketika ini berlaku kesesakan hampir dua kilometer (km)

Trafik menuju ke utara menunjukkan kelewatan setengah jam dari Taiping ke Plaza Tol Changkat Jering.

Trafik juga perlahan di arah bertentangan dari Plaza Tol Taiping Selatan di Lebuh Raya Persisiran Pantai Barat (WCE)

Di Lebuh Raya Utara Selatan, arah utara jangkakan kelewatan dari Slim River ke Bidor, Tapah ke Changkat Jering dan Perai ke Sungai Petani.

Bagi arah selatan pula, trafik perlahan dari Nilai ke Pedas Linggi, Bukit Gambir ke Tangkak dan Simpang Renggam ke Senai.

Sementara itu, Astro Radio Trafik dalam laporan trafik semasa di Facebook memaklumkan, di jalan Kuala Terengganu menuju Dungun, aliran trafik tinggi menyebabkan kesesakan tiga km dari Kampung Ru Lima ke Pekan Marang.

“Jangkaan kelewatan 20 minit dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kuala Selangor dan Taman Sahabat ke pekan Tanjung Karang dan lewat satu jam dari Taman Rhu Permai ke Pasir Penambang melibatkan jalan Klang ke Sabak Bernam.

“Di jalan Seremban ke Kuala Pilah pula, trafik perlahan 20 minit di kedua-dua arah antara Paroi dan Tanjung Ipoh disebabkan pertambahan jumlah kenderaan petang ini,” katanya.

Dalam pada itu, di Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak, berlaku kesesakan di kedua-dua arah antara Genting Sempah dan Gombak disebabkan aliran trafik tinggi.

“Trafik juga perlahan dari Bukit Tinggi ke Bentong,” lapor Astro Radio Trafik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI