fbpx

2.55 juta kenderaan guna lebuh raya sempena Krismas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Sebanyak 2.55 juta kenderaan sehari dijangka menggunakan lebuh raya utama pada hari-hari puncak sempena Hari Krismas.

Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Datuk Sazali Harun berkata, daripada jumlah ini, sebanyak 2.12 juta kenderaan akan menggunakan lebuh raya di bawah Kumpulan PLUS.

Daripada jumlah itu, 188,130 kenderaan di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK), 87,380 di Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT1), 39,830 di LPT2 dan 115,590 di Lebuh Raya Pantai
Barat (WCE).

“Untuk memastikan kelancaran trafik sepanjang cuti perayaan Hari Natal ini, LLM telah mengarahkan kesemua syarikat konsesi lebuh raya untuk melakukan persediaan rapi agar perjalanan pengguna adalah selamat dan lancar sepanjang tempoh berkenaan.

“Untuk kemudahan pengguna lebuh raya, Pusat Pengurusan Trafik LLM akan beroperasi dari pukul 7 pagi hingga 10 malam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan agar orang ramai merancang perjalanan dengan merujuk kepada aplikasi MyPLUS-TTA bagi perjalanan di Lebuh Raya Utara Selatan serta KLK dan LPT1.

“Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk memastikan kenderaan dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan dan pastikan baki kad touch and go dan e-wallet adalah mencukupi.

“Selain itu, aktifkan ‘pay wave’ di kad debit atau kredit sekiranya menggunakan Sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka (SPT) di lebuh raya terpilih,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI