fbpx

135 warga asing guna IC tempatan bekerja di kilang Senai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN warga asing yang ditahan dalam operasi dijalankan anggota penguat kuasa JIM Negeri Johor di sebuah kilang di Senai, Kulai, kelmarin.

JOHOR BAHRU – Sindiket warga asing yang bekerja menggunakan kad pengenalan warga tempatan tumpas dalam serbuan yang dilakukan Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Johor di sebuah kilang di Senai, kelmarin.

Pengarahnya, Datuk Mohd. Rusdi Mohd. Darus berkata, dalam serbuan kira-kira 6 petang itu menahan seramai 129 warga asing ditahan kerana menggunakan dokumen pengenalan diri warga tempatan untuk memohon kerja.

Beliau berkata, lima lagi warga asing turut ditahan kerana menggunakan kad pengenalan milik warga tempatan untuk bekerja di kilang berkenaan.

Katanya, kejayaan penahanan kesemua warga asing berkenaan susulan risikan dua hari yang hasil maklumat yang diperolehi.

“Tindakan penguatkuasaan ini diambil susulan penahanan empat warga asing sebelum ini yang mengaku bekerja menggunakan identiti warga tempatan palsu di sebuah kilang di sini.

“Dalam operasi itu, daripada 292 warga asing dan warga tempatan diperiksa, kita menahan 74 lelaki dan 54 perempuan warga asing yang bekerja di kilang berkenaan termasuk seorang majikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, lima warga asing yang memiliki dan menggunakan kad pengenalan warga tempatan membabitkan tiga lelaki dan dua wanita warga asing.

“Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Johor menahan lima warga asing itu yang disyaki melakukan kesalahan di bawah Peraturan 25 Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 iaitu memiliki dan menggunakan kad pengenalan milik orang lain.

“Tahanan warga asing ditempatkan di Depoh Imigresen Pekan Nenas untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI