fbpx

[VIDEO] Pelawak tiba di mahkamah bagi pendakwaan kes dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelawak tiba di mahkamah bagi pendakwaan kes dadah.

SEPANG – Pelakon dan pelawak yang dipercayai terlibat dalam kes dadah tiba di Mahkamah Sepang di sini sebentar tadi.

Selebriti berusia 41 tahun itu tiba pada pukul 9.10 pagi diiringi anggota polis yang turut bersama dengan tertuduh-tertuduh lain.

Difahamkan selebriti itu akan berhadapan dengan pertuduhan kes dadah.

Semalam Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman mengesahkan
pelawak itu akan dituduh di mahkamah pagi ini.

Norhizam berkata, pertuduhan dibuat selepas pihaknya mendapat arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya.

Media sebelum ini melaporkan, selebriti itu ditahan di sebuah rumah teres di Cyberjaya pada petang 14 Disember lalu bersama dadah disyaki ganja seberat 60.3 gram.

Suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Norhizam dilaporkan berkata, hasil ujian saringan awal air kencing terhadap suspek juga mendapati suspek positif dadah jenis tetra hydrocannibol (THC).

Siasatan awal juga mendapati, suspek tidak mempunyai sabitan rekod lampau malah, dikatakan sudah menagih dadah sejak lapan tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI