fbpx

[VIDEO] Mengadu di sisi kubur ayah sebelum duduki SPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dimuat naik di Tiktok memaparkan remaja lelaki berdoa di sisi kubur bapanya.

PETALING JAYA – Sebuah video memaparkan seorang remaja lelaki berdoa di sisi kubur bapanya sebelum menjalani ujian bertutur Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengundang rasa sebak netizen.

Menerusi perkongsian di TikTok oleh Jue497, remaja tersebut yang lengkap berpakaian seragam sekolah dilihat menziarahi kubur ayahnya, Allahyarham Muhamad Rasidi Puteh.

Dia menyatakan bahawa semua rakan-rakannya mendapat pelukan dan doa daripada ayah masing-masing sebelum menduduki peperiksaan, tetapi dia hanya mampu berdoa di pusara.

“Hari ini abang ada ujian bertutur Bahasa Inggeris SPM. Dia cakap nak pergi kubur ayah dulu sebelum jawab soalan. Dia kata semua orang sebelum jawab peperiksaan dapat pelukan dan doa dari ayah mereka, tapi abang tak dapat,” tulisnya pada kapsyen video tersebut.

Rata-rata netizen turut terharu dengan tindakan remaja itu dan mendoakan yang terbaik untuknya.

“Walaupun cikgu tidak mengajar awak, cikgu tidak kenal awak, tapi cikgu doakan awak berjaya dalam SPM nanti duhai anak hebat. Semoga arwah ayah awak ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Hebat didikan ibu ayah awak,” ujar Noratikah Hanafi.

“Anak yang baik. Mak cik doakan anak soleh ini berjaya dunia dan akhirat. Anak mak cik pun SPM tahun ini. Boleh rasa perasaan kamu. Peluk cium dari mak cik dan pak cik,” kata Sha.

“Allahu masa peluk kubur itu. Semoga diterangkan hati, dilapangkan dada dalam menjawab soalan SPM abang. Mak cik doakan semoga abang berjaya dunia dan akhirat,” komen Roslina Inaaa. -KOSMO! ONLINE

@jue497 hari nie spm si abg ujian bertutur BI..dia cakap nak pergi kubur ayah sebelum jwp soalan..die cakap semua org sebelum jwp peksa dpt pelok n doa dari ayah die org tapi abg 🥲.. al fatihah buat muhamad rasidi bin puteh muga syurga buat kamu #fyp #urutantradisionalmelayu #juejarijemari #kluangjohor #CapCut ♬ Ayah – Laoneis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI