PETALING JAYA – Seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila hidangan sup yang diterimanya disertakan dengan keting lembu yang masih berbulu.
Menerusi perkongsian di TikTok oleh Aiynaania, kelihatan keting lembu dalam hidangan tersebut masih terdapat bulu pada bahagian tertentu.
“Bila tanya peniaga, peniaga jawab keting memang datang berbulu seperti itu,” tulisnya dalam video berkenaan.
Hantaran tersebut mendapat pelbagai maklum balas daripada pengguna media sosial, dengan ada yang turut berkongsi pengalaman serupa.
“Saya hari itu pernah beli urat keting masa bulan puasa. RM15 sebungkus. Tapi bila balik nak makan, setongkol keting itu penuh dengan bulu macam tidak cuci. Berbuka air jagung sahaja la saya hari itu,” ujar Kay.
“Keting memang berbulu, tapi yang mak saya jual, dia beli dan bersihkan dulu sebelum rebus dan buat sup. Kalau macam ini, nak makan pun tiada selera,” tulis Syuhada0.
“Keting kalau beli yang sejuk beku memang melekat bulu, sebab saya pernah beli yang sejuk beku. Peniaga tidak bersihkan betul-betul itu,” kata Neddyara90. -KOSMO! ONLINE
@aiynaania_memang urat keting berbulu ke? kalau betul berbulu takpayah bersihkan ke? mohon beri penjelasan🥹